Sunday, September 19, 2010

phnom penh yang kami kunjungi


bermalam di Holiday Villa, bandar Phnom Penh. selepas membentangkan kertas kerja dalam SEMINAR MENCARI WARISAN MELAYU, saya beralih angin ke rumah sahabat adinda saya di rumah milik kerajaan Malaysia di kedutaan besar Malaysia di Phnom Penh.

keesokannya ke Central Market, Russian Market dan jelajah bandar Phnom Penh dengan pengalaman yang berwarna.




Thursday, June 10, 2010

Riau Bumi Melayu Lancang Kuning


Laman Seni Tenas Effendy Yayasan Tenas Effendy




Universitas Islam Riau (UIR)





Rumah Pustaka Tenas Effendy

Hampir setahun tidak ke mana-mana destinasi kerana melahirkan Zahra Khayra, akhirnya tanggal 7 - 9 Jun 2010, kami sekeluarga mula mengembara lagi. Kali ini, Kepulauan Riau menjadi lokasi mencari pengalaman baharu. Sempena penyertaan saya sebagai pemakalah dalam Seminar Antarabangsa Pembangunan Kawasan Ekonomi, Perundang-undangan, Hukum dan Pemerintahan Malaysia-Indonesia, kami sempat menikmati budaya Riau yang amat memikat.