sepanjang 2008, saya dan keluarga banyak berjalan. melihat-lihat negara orang, merenung-renung diri, menimbang-nimbang pengalaman. amat menakjubkan. banyak yang kami kutip. banyak yang kami belajar. mendewasakan saya. mematangkan suami. membahagiakan anakanda kami.
Dr. Hajah Kamariah Kamarudin berasal dari Kemaman, Terengganu. Pun, kini menetap di Selangor mencecah lima tahun kerana berkhidmat sebagai pensyarah di kampus hijau. Anak perempuan tunggal daripada tiga orang adik beradik. Kini, abang sulung di Nilai, adik bongsu di Kaherah.
Memperoleh IJAZAH DOKTOR FALSAFAH dari Universiti Malaya pada tahun 2006 menerusi tesis "Novel-novel Berunsur Islam: Satu Analisis Berdasarkan Teori Takmilah". Penulis tamu LAMAN KAMPUS Majalah ANIS sejak 2001 sehingga 2008. Antara hasil karya ialah novel, cerpen, puisi, esei dan tulisan ilmiah. Karya bakal terbit ialah buku ilmiah, Teori Takmilah (DBP, 2009). Boleh hubungi melalui kkamaria@fbmk.upm.edu.my atau kamariahkamarudin@yahoo.com.