Dr. Hajah Kamariah Kamarudin berasal dari Kemaman, Terengganu. Pun, kini menetap di Selangor sepuluh tahun kerana berkhidmat sebagai pensyarah di UPM, Serdang. Gemar melihat negara orang dan setakat ini pernah ke Makkah, Madinah, Jeddah, Jordan, Mesir, Singapura, Brunei Darussalam, Padang, Bukit Tinggi, Jakarta, Riau dan Phnom Penh. Pernah membentangkan kertas kerja di peringkat tempatan dan nusantara yang meliputi Brunei Darussalam, Jakarta, Riau, dan Kemboja. Terkini, ke Frankfurt membentangkan kertas kerja. Kemudian, mengembara ke Geneva, Amsterdam, Paris dan London.
Memperoleh IJAZAH DOKTOR FALSAFAH dari Universiti Malaya pada tahun 2006 menerusi tesis "Novel-novel Berunsur Islam: Satu Analisis Berdasarkan Teori Takmilah". Penulis tamu LAMAN KAMPUS Majalah ANIS sejak 2001 sehingga 2008. Antara hasil karya ialah novel, cerpen, puisi, esei dan tulisan ilmiah. Karya terbaharu ialah buku ilmiah, "Takmilah dalam Novel Melayu" (DBP, 2011). Boleh hubungi melalui kkamaria@fbmk.upm.edu.my atau kamariahkamarudin@yahoo.com untuk urusan pembelian buku atau tentang perkembangan persuratan Melayu tanahair.
0 comments:
Post a Comment