Prof. Madya Dr. Kamariah Kamarudin berasal dari Kemaman, Terengganu. Kini menetap di Selangor kerana berkhidmat sebagai pensyarah di UPM. Gemar melihat negara orang dan setakat ini pernah ke Makkah, Madinah, Jeddah, Jordan, Mesir, Singapura, Brunei Darussalam, Padang, Bukit Tinggi, Jakarta, Riau dan Phnom Penh. Pernah membentangkan kertas kerja di peringkat tempatan dan nusantara yang meliputi Brunei Darussalam, Jakarta, Riau, dan Kemboja. Pernah ke Frankfurt membentangkan kertas kerja, dan mengembara ke Geneva, Amsterdam, Paris dan London.
IJAZAH DOKTOR FALSAFAH dari Universiti Malaya pada tahun 2006 menerusi tesis "Novel-novel Berunsur Islam: Satu Analisis Berdasarkan Teori Takmilah". Penulis tamu LAMAN KAMPUS Majalah ANIS (2001-2008). Antara buku terhasil, "Takmilah dalam Novel Melayu" (DBP, 2011), Kumpulan Cerpen "Catatan Cinta Anakanda Bonda" (ITBM, 2013) dan "Novel Melayu dalam Pelbagai Perspektif" (UPM, 2014). Boleh hubungi melalui kkamaria@upm.edu.my atau kamariahkamarudin@yahoo.com untuk urusan pembelian buku atau tentang perkembangan persuratan Melayu tanahair. Terima kasih dan salam ukhwah!